Biarlah anda digelar "bookworm" (ulat buku)
Apakah ciri-ciri pelajar yang berjaya?
- Memiliki cita-cita yang tinggi.
- Tidak mengenal erti putus asa.
- Kemahuan yang terus-menerus.
- Keinginan yang besar terhadap ilmu.
- Semangat yang tidak ada bandingannya.
- Kemahuan untuk mendapatkan faedah daripada ilmu.
Pelajaran merupakan aset yang paling berharga dalam hidup kita. Pelajaran juga pelaburan yang menjamin kesenangan hidup di kemudian hari. Perlu ditekankan bahawa konsep belajar bukan sahaja merangkumi aspek akademik bahkan meliputi semua aspek kehidupan.
Jangan terlalu awal memikirkan soal wang. Jika anda berpendidikan tinggi, wang akan tiba kemudian.
No comments:
Post a Comment