Tuesday, February 15, 2011

Wanita Ibarat Rama-Rama...



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama.

Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah manapun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda, warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.

Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawetkan.

Sunday, February 13, 2011

Tiga Hari Bersama COUNSELORIZATION

Lokasi: Makmal Kaunseling 7 (UPSI)
Tarikh: 28-30 Januari 2011
Ahli: Ekstrovert 2010/11


20 Januari 2010 - Alhamdulillah, dengan izin-Nya Team Ekstrovert telah berjaya melalui program TOT iaitu program "COUNSELORIZATION" buat kali pertama pada hari Jumaat (28 Januari 2011) baru-baru ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 2 petang (30 Januari 2011). Program ini dijalankan di Makmal Kaunseling 7, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan bertujuan untuk memantapkan ukhuwah dan memantapkan kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang kaunselor.

Hari Pertama (30 Januari 2011)


Sesi TOT dimulakan dengan penerangan oleh Dr. Aziz Shah mengenai perjalanan seminar dan peraturan-peraturan yang perlu kami patuhi ketika menjalani program ini. Peraturan-peraturan ini bertujuan agar program dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.


Team Ekstrovert yang mantap-mantap...


Mereka semua tengah buat apa ni ya??

Jika Anda Pelajar: Jadilah Pelajar Berjaya

Selagi bernama PELAJAR, tugas anda ialah untuk BELAJAR.


Biarlah anda digelar "bookworm" (ulat buku)


Apakah ciri-ciri pelajar yang berjaya?
  • Memiliki cita-cita yang tinggi.
  • Tidak mengenal erti putus asa.
  • Kemahuan yang terus-menerus.
  • Keinginan yang besar terhadap ilmu.
  • Semangat yang tidak ada bandingannya.
  • Kemahuan untuk mendapatkan faedah daripada ilmu.


Pelajaran merupakan aset yang paling berharga dalam hidup kita. Pelajaran juga pelaburan yang menjamin kesenangan hidup di kemudian hari. Perlu ditekankan bahawa konsep belajar bukan sahaja merangkumi aspek akademik bahkan meliputi semua aspek kehidupan.

Jangan terlalu awal memikirkan soal wang. Jika anda berpendidikan tinggi, wang akan tiba kemudian.

Thursday, February 10, 2011

Mutiara Ilham Min Qalbi...

Ku minta kepada Allah setangkai bunga segar, Dia beriku kaktus berduri..
Ku minta kupu-kupu, Dia beriku ulat berbulu..
Ku sedih dan kecewa....
Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali.. 
Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik...
Itulah jalan Allah, indah pada masa-Nya.
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan,
tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Kadangkala...
Kita kecewa, sedih, terluka...
Tapi jauh di atas sana...
Segala-Nya Dia sedang mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita...

Thursday, February 3, 2011

Indahnya diri menjadi mawar berduri




"Jadilah sekuntum bunga mawar yang indah berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tapi sayang...
tidak berduri.
Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya dikhianati.
Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.
Duri mawar itulah yang diibaratkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'.
Jadilah seindah mawar berduri.
Kelak, akan mengundang kekaguman di hati sang kumbang hingga sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya."


Aromamu harum mewangi.. Kelopakmu merah menawan.. Namun berpagarkan duri.. Demi mempertahankan hakikat keindahan.. Mekarlah dirimu di taman Islam...

Andai diri ini dapat mencontohi watak Khazinatul Asrar dalam novel Seindah Mawar Berduri, karya Fatimah Syarha. Subhanallah... Pasti indah... Setelah membaca dan menghayati isi kandungannya, baru ku sedar, tanggungjawab seorang muslimah dalam konteks Islam amat susah untuk dipraktikkan. Islam terlalu asing dalam praktikal kehidupan seorang muslim.
Photo Frames by Wishafriend
Photo Frames By WishAFriend.com